Monday 11 April 2011

Buat Teman..~_~


.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI  MAHA PENYAYANG ::.
-----------------------------------------------------
*SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW*

coretan kali ini khas buat insan yang bergelar sahabat, teman dan kawan kepada diri ini...ketahuilah bahawa kalian sentiasa terpahat di dalam hati dan tenang dalam kudus doa..insyaAllah..

teman...
kali pertama kita dipertemukan..tiada bicara tiada kata melainkan senyum yang hadir di bibir..hari semakin hari, masa sentiasa berlalu..alhamdulillah dgn izinNya, perkenalan kita semakin bertambah, semakin memahami..sentiasa bekerjasama, sentiasa membantu, saling melengkapi, saling menyayangi, saling hormat menghormati..yg salah diperbetolkan, yg baik sama2 diamalkan..makin hari makin sayang..sayang hanya kerana ALLAH..subhanallah indahnya jalinan ukhuwah berlandaskan aqidah yang satu...berukhuwah, bertemu, berpisah semata-mata hanya keranaMu..

tiada pertemuan yang tidak diiringi dengan perpisahan..sape2 yang x sanggup berpisah, sila jangan bertemu..hehe..pertemuan takkan lengkap kalu tak diakhiri dengan perpisahan, ini sudah lumrah kehidupan, maka sebagai penduduk bumi, redhalah dengan ketetapanNya...insyaAllah, hati yg ikhlas menerima pertemuan dan perpisahan sebagai jalan takdir dariNya pasti dirahmati...ameen..^^ 

dek kerana rasa sayang yang menebal dalam hati, rasa rindu pasti berkunjung apabila teman tiada dekat di mata..namun, di hati tetap melekat sampai bile2..insyaAllah..:) [tulis post ni sambil dengar lagu2 kenangan kita ;) terngiang-ngiang bayanganmu wahai teman-temanku sekalian] 



teman..
ku bersyukur ke hadrat Tuhan atas sebuah pertemuan..
terima kasih teman kerana menghargai erti sebuah persahabatan suci..
menjaga hatiku dengan penuh kejujuran dan keikhlasan..

teman..
doaku padaNya agar kita menjadi insan yang beriman..
tabah dan ikhlas menghadapi liku-liku kehidupan..
thabat dan istiqamah dalam perjuangan..
berbekalkan ilmu yang tinggi sepanjang perjalanan..
dengan kuntum senyuman kebahagiaan..

harapanku semoga perhubungan kita
yang terjalin erat
tidak akan pudar dan berkekalan
serta dalam keredhaan
buat selamanya..........

sahabat...
Janganlah berdiri di depan ku..
Atau berdiri di belakang 
ku..
Bi
arlah kita bersama berdampingan..
Saling mengerti dan mengisi hati kita..

sahabat..
maafkan aku..
Izinkan aku menebus dosa ku..
atas segala salah perlakuan atau keterlanjuran dalam percakapan

sahabat..
Hiasi hari-hari depanmu dengan senyuman..
Berikan keceriaan pada hati yang terluka..
Berikan belaian lembut pada hati yang kesepian..
Jadilah cahaya disetiap kegelapan hati..
Hapuskan setiap air mata yang menitis..
Berikan kesejukkan pada hati yang membara..
Berikan cinta, sayang dan kasih kepada semua..


Aku hanya mampu berdoa semoga kamu semua selalu bahagia..
walau dalam nikmat mahupun musibah..
Apapun yang terjadi, teruslah melangkah..
Tataplah hari depan dengan doa dan penuh harapan..

sesungguhnya Allah sentiasa bersama kalian..
ingatlah janjinya, 'in tansurullah yansurkum'..:)


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

ku coretkan kata-kata ini bukan bererti aku gagah mengharung ujian, kuat menanggung kerinduan, istiqamah dalam perjuangan, mujahadah dengan amalan, mungkin aku lebih lemah berbanding kalian, tapi harapan dan doa tetap ku teruskan..moga kita semua sentiasa beriringan..saling berpangku lengan..sungguh, aku benar2 mencintai kalian sebagai sahabat..lillahitaala
..


Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah,
Jika aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah pencipta,
Jika aku lemah tidak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga,
Jika di antara kita ada tembok yang memisah, ajaklah aku meleraikannya segera,
Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah,
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah aku dengan kalungan doa...

ku dedikasikan lagu 'kau hadir' ini khas buatmu teman-teman..:))


yang ni pun special created buat kamu, kamu dan kamu semua..:)) 



******************

HANYA PADA-MU AKU BERSUJUD..HANYA PADA-MU AKU MEMOHON PERTOLONGAN...

No comments:

Post a Comment